23 Ogos 2012

Muslims Cry....( ^^_ )....

HIMPUNAN KISAH 1001,

DUKA MUSLIM SELURUH DUNIA

Sayu...sedih...hiba...tatakala melihat kita di Malaysia menikmati kemakmuran keamanan dan segala macam kebaikan yang masih diberi Izinnya Allah tidak seperti negara muslim yang lain. Negara luar khususnya masih dalam kancah peperangan, penjajahan dimensi baru, penindasan, mengetepikan hak muslim malah pelbagai kecaman dikeluarkan tanpa sedar atau sedar dari segenap sudut memburukan imej umat islam di dunia ini.

Nukilan warkah ini sebenarnya lama nak buat tapi bila ku melihat ketika ku melangkah kaki ke Masjid, pekan atau bandar dan sekitar yang ada disini tiba-tiba jadi sayu hiba dalam hati entah kenapa pun tak tahu. Bila ditenung dan renungkan kembali. Baru tahu. Pernahkah kita terfikir ketika waktu sesuap nasi ke mulut kita untuk diisi dalam perut kita ini masih ada lagi yang susah dan melarat. Bila sampai ke perut,pernahkah kita terfikir bahawa makanan yang kita makan itu ada juga hamba Allah yang tak dapat makan untuk hidup. Puasa juga mengajar kita tentang berlapar dari makan dan minum. Pernahkah kita terfikir dengan puasa itu mengajar diri kita ini untuk bersyukur apa yang Allah telah berikan selama ini nikmat makan dan minum. Aaaahh!!! aku tulis disini pun menitiskan air mata.Ya Allah...

Mari kita selidiki sedikit demi sedikit apa yang berlaku dalam kisah 1001 umat muslim diseluruh dunia ini dalam menghadapi perjuangan yang penuh liku-liku ranjau penuh onak duri ini. Dari Bosnia Herzegovina, Kosovo, Palestin, Afghanistan, India, Indonesia, Somalia, China, Selatan Thailand hinggalah terbaru Rohingya di Myanmar. Terlalu banyak kisah keperitan umat islam berbeza di Malaysia.

Bosnia & Herzegovina
- Tahun Berlaku -
  1992-1995
- Presiden Bosnia - 
  Alija Izetbegovic, 
  ketua Parti Islam yang didominasi Tindakan Demokratik (SDA)
- Merdeka -
  Bosnia mengisytiharkan kemerdekaan Mac 1992.
- Salah satu Negara bekas Soviet Union dari Negara Yugoslavia - 
  termasuklah Croatia, Slovenia, Macedonia, Albania dan sekitarnya.
- Praperang penduduk -
  sekitar 4,400,000 orang.
- Terbunuh -
  Anggaran hampir 200,000 orang
- Pada waktu ini Bosnia mempunyai campuran penduduk -
  Paling kompleks  tradisi agama di kalangan bekas republik Yugoslavia: 44% 
  Bosniaks (Islam), 31% Bosnia Serb (Ortodoks Timur), dan 17% Croat Bosnia
  (Roman Katolik). Bosnia Islam adalah kaum Slav yang memeluk agama
  Islam di abad ke-14 dan 15 selepas Empayar Uthmaniyyah menakluki rantau
  ini.Dari Perang Dunia I sehingga akhir Perang Dingin, Bosnia adalah
  sebahagian daripada negara yang baru diwujudkan Yugoslavia.
- Sebab Perang Berlaku -
  *Pemimpin Parti Komunis Serbia, Slobodan Milosevic mewujudkan 'Greater
   Serbia' maka sekaligus "pembersihan etnik"untuk menubuhkan sebuah Serb
   republik yang tulen.
  *Croatia undi Bosnia untuk kemerdekaan dalam referendum yang diboikot
   oleh Serb.(Perbalahan berterusan perang meletus 1993 di antara umat Islam
   dan Croat yang sebelum ini bersatu menentang Serb)
- Kepungan -
  Sarajevo selama 43 bulan. Sekatan senjata antarabangsa adalah kesan
  sepanjang perang, menghalang kerajaan Bosnia daripada mendapatkan
  meriam berat dan senjata bahawa ia diperlukan untuk melawan senjata yang
  lebih canggih tentera Serbia dan Croatia.
- Kesan -
 *Mereka mengusir semua kumpulan etnik yang lain oleh keganasan dan paksa
  penyisihan bukan Serb melalui serangan serangan dan penembak sniper
  langsung.Seluruh kampung telah dimusnahkan. Beribu-ribu orang telah diusir
  dari rumah mereka, yang diadakan di kem-kem tahanan, dirogol, diseksa,
  dihantar pulang, atau pembunuhan. Rogol adalah satu taktik tentera untuk
  memusnahkan ikatan keluarga dan masyarakat.
 *Tentera Serb, di bawah arahan Jeneral Ratko Mladic, menangkap wilayah
  kecil timur dan PBB "kawasan selamat" Srebrenica, membunuh kira-kira 8,000
  lelaki Muslim dalam minggu berikut.
- Akhirnya -
 *Tribunal jenayah perang PBB di The Hague bicarakan Karadzic dan Mladic
  untuk pembunuhan beramai-ramai untuk pengepungan Sarajevo.
 *Julai 1996, kuasa-kuasa Barat menekan Karadzic untuk berhenti
  sebagai Presiden Bosnia Serb.
  September pada tahun ini juga pihak Nasionalis memenangi pilihan raya 
  pertama selepas perang, mengesahkan bahagian etnik Bosnia.
 * 12 Februari 2002, Bekas Presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic pergi  
  dalam perbicaraan yang didakwa dengan 66 tuduhan pembunuhan beramai-
  ramai dan jenayah perang di Bosnia, Croatia dan Kosovo.
 * 11 Mac 2006, Slobodan Milosevic ditemui mati di dalam sel beliau di The 
  Hague.
 * 21 Julai 2008, Bekas Presiden Bosnia Serb Radovan Karadzic telah berjaya
  ditangkap dan dibicarakan.

Palestin
- Tahun Berlaku -
  1906, kongres Zionis putuskan tanahair yahudi di Palestin
  1917, British mengeluarkan Deklarasi Balfour untuk penubuhan negara untuk
           yahudi diPalestin.
  1918-1948, Secara kecil dan besar-besaran perpindahan orang yahudi.
                   (Perang meletus berpanjangan)
                   (Pasukan Tentera dari Mesir,Iraq,Jordan,Syria,Mesir,Lubnan)
  1948, orang Arab sekitar 800,000 di Palestin berkurangan tinggal 170,000
           orang dan menjadi pelarian di Negara Arab sekitarnya akibat perang.
           (Orang Arab gagal untuk menghalang penubuhan negara Yahudi dan
            perang berakhir dengan empat perjanjian gencatan senjata PBB yang
            diatur antara Israel dan Mesir, Lubnan, Jordan, dan Syria.)
  1956, Perang Arab dan Israel kali kedua.Disebut Perang Terusan Suez.
  1967, Perang Enam Hari kejayaan sekali lagi puak Israel.
  1973, Mesir dan Syria bergabung perang menuntut jajahan Israel di
           Semenanjung Sinai dan Bukit Golan. Israel dapat bantuan ketenteraan
           dari Amerika Syarikat.
  1987, Perang Intifada dengan Israel telah dilancarkan.
  
~~Data belum siap~~
Pada tahun 1896 berikutan kemunculan anti-Semitisme di Eropah, Theodore Herzl, pengasas Zionisme cuba untuk mencari penyelesaian politik bagi masalah dalam bukunya, 'Negara Yahudi'. Beliau menganjurkan pembentukan negara Yahudi di Argentina atau Palestin.

Pada tahun 1897 Kongres Zionis yang pertama telah diadakan di Switzerland, yang menerbitkan program Basle pada penjajahan Palestin dan penubuhan Dunia Zionis Sedunia (WZO).

Pada tahun 1904 Kongres Zionis Keempat telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah rumah nasional untuk orang Yahudi di Argentina.

Pada tahun 1906, kongres Zionis memutuskan tanah air Yahudi seharusnya Palestin.

19 Ogos 2012

Tourist Indonesia

JOM MELANCONG TRIP KE INDONESIA
~ Danau Toba, Medan ~
Medan, Sumatera...
Dr.Seekers NTV7 mempelawa kepada yang berminat untuk mengikuti trip ke Indonesia dengan kadar harga yang murah dan melancong kawasan yang patut dikunjungi seperti Danau Toba di Medan dan selainnya mengikut tempat yang dilawati.

Dr.Seekers NTV7 atau lebih dikenali Dr.Nor Izam Haji Wiji memberi jaminan perjalanan / trip ke Indonesia ini amat memuaskan hati semua. Makan minum disediakan, banyak tempat menarik akan dikunjungi, layanan baik dan keselesaan pelanggan diutamakan.

Keseluruhan pelanggan yang mengikuti pelancongan ke Indonesia ini bersama Dr.Seekers, amat suka dan gembira sepanjang aktiviti yang diatur dan berjalan lancar. Memang terbaik.

Disini dinyatakan harga patut ke tempat / destinasi yang dituju diketuai sendiri oleh Dr.Seekers :
~ Inilah Air Terjun Si Piso-piso ~
Pakej 1
4 Hari 3 Malam
Harga : RM1,200.00 seorang
~ Tiket Penerbangan Firefly pergi balik(Free Bagasi 20kg), Penginapan Disediakan, Makan Minum, Kenderaan untuk Lawatan.
~ Ke Beras Tagi, Danau Toba, Air Terjun Si Piso-piso, Mandi Air Sulfer Gunung Berapi, Malam Terakhir Karaoke vvip percuma.

Pakej 2
5 Hari 4 Malam
Harga : RM1,350.00 seorang
~ Semua diatas dan satu tambahan percuma Menaiki Kapal Air Memancing dan Memasak Ikan di Danau Toba.


Tarikh Pergi : 21 - 24/09/2012 (JUMAAT~ISNIN)
Tarikh Tutup Serta : 10/09/2012 (ISNIN)

Untuk keterangan lanjut hubungi beliau no.telefon tertera ini :
Dr.Nor Izam Haji Wiji   > 0196003167
**Juga boleh merawat penyakit misteri.Insya Allah.

15 Ogos 2012

Gerbang Syawal 1Malaysia

3 PROGRAM DALAM 1 HARI
 Sebelah Kiri : Taman Seri Cheeding
Tengah & Kanan : Kampung Jenjarom
Bawah : Kg.Kebun Bharu
( 4 Gerbang Syawal )

TARIKH : 12 OGOS 2012  HARI : AHAD

Program Pertama
"Kerepek Pisang Puteri UMNO Kuala Langat"
Tempat : Rumah Puan Suhaily Saleh Seri Cheeding
Waktu : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Kehadiran : Hampir 30 orang

Program Kedua
"Program Iftar Ramadhan Dun Teluk Datuk"
Tempat : Saha Cafe Teluk Bunut, Banting
Waktu : 6.00 petang hingga 8.30 malam
Kehadiran : Hampir 300 orang
~ Iftar Ramadhan Meraikan jua Fakir Miskin ~ 
 

Program Ketiga
"Gerbang Syawal 1Malaysia dan Kacau Dodol 1 Taman"
Tempat : Taman Seri Cheeding
Waktu : 6.00 petang hingga 2.00 pagi
Kehadiran : Hampir 30 orang
~Layan Video Ini~
~ Semangat Mengacau Dodol ~

~ Lihatlah Aksi Mereka ~


12 Ogos 2012

Kerepek Pisang oh Kerepek Pisang

PUTERI UMNO KUALA LANGAT
"KEREPEK PISANG RAYA DIRAIKAN"

~ Ikhlas Dari Kami Puteri UMNO Kuala Langat ~ 
video
~ Apa Kata Puteri ~
Tarikh : 12 Ogos 2012 / 23 ramadhan 1433
Tempat : Rumah Puan Suhaily Saleh, Kampung Seri Cheeding.
Mula Gerak Kerja : 8.30 pagi selesai 12.30 tengahari
Kehadiran : Hampir 30 orang petugas


Aku pernah poskan dulu disini program Puteri mengenai Raikan Anak-anak Yatim, kali ini kisah Kerepek Pisang pula. Jenis-jeni pisang yang perlu tahu ialah Pisang Awak, Pisang Nangka, Pisang  Abu, Pisang Ali dan Pisang Din...Jangan korang percaya pula ada pisang Ali dan Pisang Din. Sekadar melawak bila mengarang dalam blog ini..He3..

Petugas dibahagikan 3 iaitu satu bahagian buang kulit pisang, bahagian masak dan bahagian pembungkusan. Memang meriah bila Puteri bergabung dari kalangan Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat dan Seri Cheeding. Tidak dilupakan Pengarah JASA Kuala Langat Puan Sazreen binti Sirin hadir memberi sokongan dan berhempas pulas membantu jayakan kerepek pisang ini.

Selesai memasak dan mengemas, aku dan Abang Idin jadi petugas sementara ambil alih kerja Majlis..He3.. Siap bawa gerabak buang sampah dan tandan pisang. Kerja beres. Masing-masing ada tugas. Sesi pembungkusanlah paling seronok. Bercerita sakan petugas-petugas sambil masukan kerepek pisang dalam bungkusan sedia ada.

Puan Ameelliya binti Alykallam selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat tidak dapat bersama lebih lama kerana ada Mesyuarat di Pejabat UMNO Selangor di Shah Alam. Tahniah semua Puteri!!!



Ucapan Setiausaha Puteri Puan Nazlin Sanin mengetuai sementara Puteri mengucapkan jutaan terima kasih semua yang ada dan menjemput tuan rumah Puan Suhaily Saleh ucapan seterusnya. Jika ada Seri Cheeding akan jadi tuan rumah lagi untuk program ini. Sesi akhir pengagihan bungkusan Kerepek Pisang petugas sedia ada dan hujan pun turun. Mudahan tahun depan jumpa lagi!!!

11 Ogos 2012

Ustaz Don Daniyal di Masjid Nurul Hidayah, Seri Cheeding.

CERAMAH RAMADHAN
USTAZ DON DANIYAL
~ Slot 01 ~
Masa : Selepas Solat Tarawikh 8 Rakaat disertai 3 Rakaat Solat Witir ( mula 10.05 malam )
Tarikh : 11 Ogos 2012 / Sabtu malam Ahad
Tempat : Masjid Nurul Hidayah, Kampung Seri Cheeding
Kehadiran : Hampir 500 orang

Masuk sudah malam Ramadhan hari ke 22 menunaikan Tarawikh malam ke 23. Masjid Nurul Hidayah menganjurkan Ceramah Khas Sempena Bulan Ramadhan pada malam ini dengan kehadiran tetamu yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Don Daniyal. Salah seorang ustaz yang cukup popular di TV Al Hijrah. Kini menjadi Penceramah Bebas. Istimewa kehadiran beliau telah meningkatkan kehadiran tetamu yang memenuhi saf barisan depan hingga kira-kira 8 saf termasuklah muslimin muslimat warga tua muda dan anak-anak kecil.

Mendirikan Solat Tarawikh berjemaah yang diimamkan oleh Imam Tahfiz yang dijemput dalam bulan Ramadhan ini dari Sungai Kelambu. Ingatkan sampai 20 rakaat rupanya ambil 8 rakaat saja. Pertukaran Imam dalam Solat Witir selesai Solat Tarawikh oleh Penceramah sendiri menjadi Imam hingga baca Doa Qunut pada akhir Solat Witir Satu Rakaat amat menyentuh hati.
video

Video sempat dirakam oleh ku untuk ceramah pada malam ini bersama mengambil gambar. Bukan setakat itu sahaja. Ramai rakan karib ku menjadi Photographer dan Video untuk dijadikan koleksi. Bersebelahan dengan ku Ustaz Fahmi Azri bin Haji Othman. Terima kasih kerana jaga video cam aku. Tak boleh nak balas apa-apa, ucapan terima kasih. Cuma aku masukan nama anda dalam blog aku je..He3.

Ustaz Don Daniyal juga mengesyorkan kepada hadirin hadirat yang ada untuk berilah sedikit atau banyak sumbangan dijadikan Waqaf. Sesiapa yang meWaqafkan hartanya akan diberi ganjaran besar oleh Allah. Cerita sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW juga diceritakan mengenai malam Lailatul Qadar dengan cukup terperinci memudahkan kefahaman yang hadir.
 ~ Corat Coret Ceramah Ustaz Don Daniyal ~

Jam menunjukan 11.15 malam dan penceramah menutup ceramahnya. Sesi bergambar didalam masjid bertemu Ustaz Don Daniyal memang Ustaz ini kira cukup mesra. Aku pun tak ketinggalan bergambar bersamanya dijadikan kenangan. Jamuan disediakan untuk tetamu. Tugas selesai. Tugas hantar Imam Tahfiz di Sungai Kelambu. Alhamdulillah. Wah!!Syoknya. 

08 Ogos 2012

Artis Malaysia Kita.

ARTIS MASUK POLITIK,
HIJRAH DAN ADA KE PATUT!!!

~ ARTIS MASUK UMNO ~
Kiri atas ke kanan :
Ezani Nizariff, Jamal Abdillah, Amy Search,
Adam AF, Zed Zaidi, AC Mizal,
Awie Wings, Ibnor Riza, Harun Salim Bachik.
~ ARTIS MASUK PAS ~
Kiri atas ke kanan :
Akhil Hayy, Sham Kamikaze, Hairie Othman,
Aishah, Abby Abadi, Bob Lokman,
Azmil Mustapha, Adam Hamid, Leman.
       Bila memikirkan sekarang ini ramai artis Malaysia sedang cari hala tujunya dari bidang nyanyiannya, berlakon dan selainnya. Sekadar nukilan aku untuk para artis jika ada salah silap minta maaf dan bolehlah ditegur. Artis pun ada juga berpolitik seperti kita juga. Tapi biarlah berpolitik kena pada tempatnya. Ini tidak menghentam diantara satu sama lain. Bila masuk dekat sini katanya inilah yang  dicari iaitu 'ketenangan' dan 'kebenaran' sesudah itu hentam sana hentam sini seperti mendapat petunjuk NYA.
~ ARTIS UMNO LAGI ~
kiri :
Afdlin Shauki, Nash Lefthanded, Rashdan Baba
( Ada yang lain lagi )
~ ARTIS PAS LAGI ~
kiri :
Zulkifli Ismail, Sabri Fadzil, Iwan Syahman
( Ada yang lain lagi )
      Bila memikirkan hal ini, para peminat artis pun kenalah bijak dan tidaklah sampai percaya seratus peratus bila penghijrahan dengan politik. Katanya itulah perjuangan sebenarnya. Biarlah penghijrahan yang kita nak lakukan kerana Allah. Allah jualah sebaik-baik penilai. Adakah kita pasti dengan masuk mana-mana parti politik kita akan selamat? Islam seru kita sesama saudaranya menjaga haknya ibarat tubuh badan kita ini bila dicubit semua rasa sakit. Bila sudah ghairah berpolitik kutuk sana sini dan tak boleh terima teguran orang lain jadi dirinya caca marba apa yang dicari selama ini iaitu 'ketenangan' dan 'kebenaran'.

~ Ning Baizura Tegur, PAS boleh terima tak ~
          Bila memikirkan kelibat artis yang berpolitik. Ku lihat yang berada di kalangan artis masuk BN / UMNO tak banyak pula suara lantang hentam sana sini. Malah biasa sahaja. Normal. Tetapi bila ada penghijrahan artis ke dunia politik pro pembangkang ghairah politik hentam sana sini menyatakan apa yang salah dan betul. Malah ada juga rakan-rakan artis tak senang duduk dan menegur perbuatan mereka. Adakah ini acuan yang sebenarnya?? Mungkin artis ini ada pandangannya sendiri. Errrmmm..tepuk dada tanyalah iman.
~ Berubahlah kerana NYA ~
Kiri atas :
Farah Asyikin, Hamidah Wahab,
Fazurina dan Diana Amir
~ Berubahlah kerana NYA ~
Kiri :
Shila Amzah, Sharifah Sofea, Sharifah Aleeya
Raja Farah, Farah AF
Catriona Ross, Ana Raffali
Abby Fana, Irma Hasmie
~ Al Mawlid(kesukaan ku), Noor Kumalasari, Siti Nordiana ~
       Bila memikirkan artis yang berhijrah kerana Allah bukan sebab lain pula. Dapat dilihat dari pemakaiannya, pertuturan dan perbuatannya. Tidak menyinggung orang lain malah disenangi pula. Memang indahkan. Adakah artis yang berhijrah ini tidak mendapat tempat para peminatnya. Tidak sedikit pun berkurangan malah bertambah. Tiada masalah pun artis-artis ini berhijrah dan tiada pula dengar artis seperti ini hilang punca rezeki dan sebagainya. Rezeki Allah itu amatlah luas. Aku menyokong penuh penghijrahan artis Malaysia kearah yang lebih baik untuk dirinya dan orang lain semuanya kerana Allah. Semoga kekal sebegini, Ku doakan untuk saudara ku. Amiiinnn. Maksud berubahlah kerana NYA semuanya kerana Allah.

~ Ade ke Patut...Apa Pandangan Sahabat Tentang Gambar Ini...He3 ~
      Bila memikirkan artis yang hipokrit pun jadi masalah juga, kata berhijrah tup tup bertukar pula hijrahnya itu tak kekal lama. Boleh bertukar ganti. Macam ini nak sebut apa...cari publisiti ke atau memang tak nak berubah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan dirinya. Artis pun kena bijak untuk dirinya jangan sampai melampaui batas kerana artis juga boleh menarik minat peminatnya kearah kebaikan malah boleh menjadikan artis itu dicemuh peminatnya sendiri dek kesilapan diri sendiri. 
~ Dengarkan Lagu ini ~
        Bila memikirkan penghijrahan di kalangan artis sekarang. Mari kita tanya pula pada diri kita...Adakah kita sudah bersedia atau belum untuk berhijrah!!!! Bak kata Imam Masjid Kampung Ku kepada ku katanya "Carilah Apa Yang Ustaz Cari".

06 Ogos 2012

Puteri UMNO Kuala Langat Bersama Mu

IFTAR RAMADHAN BERSAMA ASNAF



video
~ Saksikan Video Menarik Ini ~
           06 Ogos 2012 Hari Isnin Jam 6.00 petang hingga 8.30 malam, Puteri UMNO Kuala Langat bersama JASA menjalankan usaha murni berbakti kepada anak-anak yatim terletak di Kampung Sungai Buaya. Bulan Ramadhan kali ini diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Kehadiran hampir 200 orang. Tetamu terhormat dari Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat sendiri Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Hisham bin Talib, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Abdul Razak bin Khasbullah, Yang Dipertua Rumah Penyayang Bestari Sungai Buaya Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Hamid, Pengarah JASA Kuala Langat Puan Sazreen binti Sirin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Zurihan bin Haji Yusuf.

      Seramai 30 anak yatim dirai. Kesempatan ini memang aku gunakan untuk bersama anak-anak yatim. Seronok dampingi mereka. Curahkanlah kasih semampu mu. Bersama teman rapat hadir ke majlis ini berjumpa dengan AJK Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat yang ku lihat bertungkus lumus menjayakan program ini. Ternyata kehadiran ahli Puteri ke Majlis ini amat memberangsangkan. Dengar-dengar setiap cawangan kena menghantar 3 wakil puteri ke sini. Ku lihat tempat ku Seri Cheeding yang punyai 2 cawangan sahaja cukup hantar 6 orang. Syabas Puteri!!!



         Acara dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Abdul Rahim. Ucapan dari Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat yang disayangi Puan Ameelliya binti Alykallam. Ucapan dari Yang Dipertua Rumah Penyayang Bestari Sungai Buaya Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Hamid. Ucapan Perasmian Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli.



              Diteruskan dengan agihan sumbangan kepada anak-anak Yatim sedia ada di atas pentas dan agihan 10 notebook. Persembahan dari Rumah Anak-anak Yatim Rumah Penyayang akhiri majlis sebelum waktu berbuka walaupun ada salah lirik sikit. Menyanyikan lagu nasyid Hamba mu. Selesai sahaja, jumpalah rakan-rakan sehinggalah waktu berbuka tiba. Para tetamu menjamu selera makanan yang telah disediakan. Program yang cukup cemerlang. Tahniah Puteri UMNO Kuala Langat kesungguhan AJK dan Ahlinya terserlah.

Intipati Ucapan Ketua Puteri, YDP Rumah Penyayang dan Ketua UMNO Bahagian :
~ Ketua Puteri Puan Ameelliya binti Alykallam ~ 
Menyatakan program akan diteruskan pada bulan ramadhan kali ini seperti berikut Program Bubur Lambuk pada 11 Ogos 2012 di SK Telok Panglima Garang, 12 Ogos 2012 Gotong Royong Kerepek Pisang di Kampung Seri Cheeding dan Program Ketupat Merdeka Projek pada 17&18 Ogos 2012.
~ YDP Dato' Haji Abu Bakar bin Abdul Hamid ~
Sesiapa calon yang dilantik pun akan kita sokong. Jangan bersedih atau kecewa. Jangan pula ada yang syok sendiri. Salah seorang ahli MUBARAK. Berikan kemenangan untuk 4 kerusi sekarang bagi Parlimen Kuala Langat, Dun Sijankang, Dun Teluk Datuk dan Dun Morib pada PRU akan datang.
~ Dato' Haji Sulaiman Haji Karli ~
Kesungguhan segenap jentera jangan leka. Bahagian juga laksanakan termasuk Wanita Pemuda Puteri nya. Program kunjungan Tarawikh satu Kuala Langat / Tarling.

PERINGATAN :

"ia hanya sekadar WARKAH,
bentuknya PENA,
sebelum apa yang saudara hendak tulis kena FIKIR,
Jadi fahamilah WARKAH PENA FIKIR."

Jangan Pancing Disini