01 Ogos 2012

MEDIA PRIMA, Terima Kasih.

Raikan 73 Anak Yatim dari Kuala Langat


         Sekali lagi diberi kesempatan raikan anak yatim dalam masa seminggu ini dengan 2 kali raikan anak yatim. Akulah paling teruja dengan program anak-anak yatim sanggup pergi raikan walau kadangkala aku sibuk dengan aktiviti ku. Kali ini jemputan dari Tok Maa'min bin Radiman selaku Pengerusi JKKKP Kampung Jenjarom sudi mempelawa anak yatim dari Kampung Seri Cheeding.


Program tersebut :
~ Tarikh : 02 Ogos 2012
~ Majlis IFTAR dan Lawatan Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Hajah Noorainee binti Abdul Rahman.
~ Tempat NSTP, Media Prima, Bangsar, Kuala Lumpur.
~ Jam mula 6.00 petang hingga 8.30 malam










         
         Bertolak dari kampung tercinta jam 3.30 petang dengan keseluruhan seramai 12 orang termasuk aku, 8 daripadanya adalah anak yatim selainnya penjaga. Menuju ke Rumah Tok Maa'min Radiman di Kampung Jenjarom. Sampai saja disana terus bas bertolak jam 4.00 petang seramai 90 orang pergi dengan 2 bas. Maknanya Kampung Jenjarom ada seramai 78 orang. Dalam perjalanan ke destinasi yang dituju sempat berbual dengan kawan jiran kampung sebelah si Ajis. Sambil berbual sakan pemandu bas pula orang india, aduhh layanlah sekejap lagu tamil. Kitakan 1 Malaysia. Tukar siaran ke Radio RM Selangor.

             
Tok Maa'min Ketuai Rombongan

           Sampai saja di Bangsar NSTP ini kami di bawa oleh petugas-petugas yang baik sekali layanannya ke satu bilik, bilik ini kira macam bilik kuliahlah senang ceritanya. Solat Asar berjemaah di Surau Tingkat 2 NSTP, alhamdulillah ku diberi tugas jadi imam bagi jemaah anak-anak yatim ini bersama yang lain.







           Kami dibawa ke tempat para tetamu ala-ala vip gitu. Duduk di meja yang telah disediakan tertera tulisan Anak Yatim. Duduk di tepi sekali, sempat jualah melihat ada tidak selebriti atau orang ternama disitu. Terlihat pula wajah Pemberita TV3 Tuan Haji Izwan Azir Salleh jadi pengacara majlis pada petang ini.


~ TPM bersama Isteri ~


            Ketibaan YAB jam 6.15 berada di perkarangan NSTP lawatan dan terus ke pentas untuk agihan sumbangan terus kepada 73 anak-anak yatim termasuklah penjaga. Apa yang perlu diperbetulkan ialah sebutan nama kampung dari pengacara iaitu bukan Sungai Cheeding tetapi Seri Cheeding. Pelik juga mana datang Kampung Sungai Cheeding walau ku tahu di Seri Cheeding ada sungai tapi nama kampung ini tidak wujud sama sekali. 2 Kali sebut. Kelakar pun ada pada waktu ini. Anak Yatim lelaki 40 orang dan 33 perempuan. Sempat juga bergambar jarak dekat dengan Tan Sri dan Puan Sri malah dapat bersalaman dengan Tan Sri.

~ Terima Kasih Kapten(B)Haji Sharudin Haji Omar ~


            Selesai agihan sumbangan, semua duduk ditempat yang disediakan menanti saat waktu berbuka. TPM dan isteri berjalan sekitar perkarangan tempat makan bertemu petugas media dan Bloggers yang ada. Kami dikejutkan dengan kehadiran Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat Kapten (B) Haji Shahrudin bin Haji Omar dan seorang AJK Pemuda Saudara Ryzal Hatta turut hadir dan bertemu dengan kami.

~ Bubur Lambuk ~
~ Sedap kan!! ~

           Jam 7.31 Maghrib dengan bacaan Doa dari seorang ustaz disitu dan Laungan Azan Maghrib berkumandang mulalah kami berbuka. Bubur Lambuk, buah kurma, air kurma dan kuih muih dihidangkan amat menyelerakan bagi kami. Selesai makan ala kadar untuk isi perut sebelum menjamah makan berat seperti nasi. Ku mengingatkan anak-anak yatim bersama yang lain untuk tunaikan solat maghrib berjemaah. Sampai di Surau yang sama kami diminta agar tunggu sebentar kerana ramai yang menunaikan solat dalam surau. Alhamdulillah dapat jua masuk ke Surau dan mendirikan solat maghrib.


~ Lihat gelagat mereka...COMEL kan..~

          Jamu selera yang dihidangkan dengan udangnya, ayamnya dan lain-lain. Dahulukan anak-anak yatim. Siap cedok nasi ke pinggan mereka memang puas dapat lakukan perkara ini. Bukan senang berbakti dengan mereka yang ketiadaan ayah. Bayangkan jika kita berada ditempat mereka. Sedih pula rasanya. Apa pun lihat kegembiraan terpancar pada anak-anak ini membuatkan aku rasa selesa dan gembira sekali. Tak dapat digambarkan. Kawan ku Si Ajis berada disebelah kerusi ku selera sungguh makannya.

                Alhamdulillah..layanan yang diberikan tahap kelas vip ini mudahan akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Masing-masing membawa cenderahati berupa 2 beg berisi, satu dari TPM dan lagi satu NSTP Media Prima. Ucapan terima kasih dan anak-anak yatim bersalam dengan petugas-petugas mereka sebelum balik ke kampung halaman tercinta. Sampai dirumah jam 10.30 malam. Terima kasih TPM dan Media Prima. Tak juga dilupakan Tok Maa'min bin Radiman Pengerusi JKKKP Jenjarom sudi jemput warga anak-anak yatim Seri Cheeding.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN :

"ia hanya sekadar WARKAH,
bentuknya PENA,
sebelum apa yang saudara hendak tulis kena FIKIR,
Jadi fahamilah WARKAH PENA FIKIR."