05 Ogos 2012

Fitri UNIC, Anugerah dan Iftar Ramadhan 2012

ANUGERAH PENGIKTIRAFAN PKMD
JKM KUALA LANGAT TAHUN 2012
~ Cantik pula ambil gambar macam ini ~






    Berpeluang sekali lagi dibulan yang mulia ini dijemput ke KLANG EXECUTIVE CLUB undangan sahabat Hafiz tarikh 05 Ogos 2012 hari Ahad meraikan anugerah pengiktirafan PKMD JKM Daerah Kuala Langat dan Iftar Ramadhan dengan gemilangnya.

         Ditemani dengan sahabat karib ku dari kecil hinggalah sekarang Haslan duduk ditempat disediakan. Bermula acara 5.00 petang hingga 8.30 malam. Aturcara majlis yang ringkas tapi cukup meriah dengan kehadiran dif-dif terhormat seperti Pengarah JKM Kuala Langat, Penyelaras Parlimen Kuala Langat Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli, Penyelaras Dun Teluk Datuk Puan Ng Siok Hwa, Penyelaras Dun Sijangkang Dato' Haji Nordin Selamat dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Zurihan bin Haji Yusuf.

~ Jumpa pula Kak Bainun Ahmad ~
     Sebelum acara bermula masa ditempat letak kenderaan lagi, ku terpandang seseorang dan bila diamati susuk badannya bertuahnya aku dapat jumpa dengan seorang senior kenalan ku Kak Bainun Ahmad. Memang tekaan ku tepat, jumpa beliau diruang hadapan kelab dan meluangkan sedikit masa berbicara kerna sudah lama tak jumpa. Ditemani dengan suami dan anaknya tercinta, sempat ambil gambar aku. Terima kasih kak ingatkan adik. Siap masuk blog aku lagi..Keh3.

         Masa naik ke tingkat 2 kelab ini Pegawai JKM Al Hafizi pelawa seorang artis nasyid dulu berkumpulan kini seorang saja. Sempat bersalam dan bergambar diatas. Itulah Fitri dari salah seorang penyanyi nasyid berkumpulan dulu dikenali kumpulan UNIC. Wah!!! Hebatnya siap mengundang penyanyi nasyid pujaan remaja belia masa kini.Jangan pula ada kata Fitri UNIC ini masuk parti UMNO sudah le, ini anjuran NGO dan Jabatan Kemajuan Masyarakat. Dijemput atas undangan.

         Masuk semula ke Dewan, ucapan aluan dari pengerusi dan seterusnya pengumuman kepada siapakah pemilik Anugerah Pengiktirafan AP PKMD bagi Daerah Kuala Langat. Setelah diumumkan. Terkejut aku, rupanya kawan sendiri yang dapat anugerah ini. Patutlah beria-ia minta hadir ke majlis ini. Hebatlah Hafiz. Teruskan bakti mu pada masyarakat. Memang diakui keprihatinan si Hafiz ini terhadap masyarakat sampai pernah satu ketika kampung ku banjir dia pun turut membantu mangsa banjir di kampung. Suka sangat dia dapat anugerah ini. Anugerah disampaikan oleh Dato' Haji Nordin bin Selamat diatas pentas. Acara bersambung semula dengan ucapan khas dari Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli.

        Penyanyi undangan Nasyid Fitri UNIC mendendangkan dua lagu baru dari beliau dengan lagu pertama zikir munajat kepada Allah dan Istighfar sebelum masuknya waktu berbuka puasa. Sempatlah juga merakam sedikit lagu baru beliau.

         Laungan Azan bergema di dewan dan bacaan doa berbuka puasa. Makan ala kadar saja. Cukuplah dengan makan buah-buahan, kurma dan air suam. Menunaikan solat maghrib berjemaah di Surau sedia ada. Selesai saja menunaikannya. Barulah masa berbuka dengan makan yang berat seperti nasi.

       Seronok dapat berjumpa sahabat-sahabat disini yang rata-rata adalah sahabat dari JKM dan sukarelawan yang ku kenal. Ini sebagai satu tanda aras agar sukarelawan yang sedia ada untuk berbakti jangan pula jadi sukar eh lawan. Akhirnya tak bawa manfaat kepada orang lain. Sekali lagi ingin diucapkan tahniah kepada Hafiz kerana dapat anugerah ini. Teruskan lagi pada masa akan datang. Jumpa lagi pada tahun 2013. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN :

"ia hanya sekadar WARKAH,
bentuknya PENA,
sebelum apa yang saudara hendak tulis kena FIKIR,
Jadi fahamilah WARKAH PENA FIKIR."