06 Ogos 2012

Puteri UMNO Kuala Langat Bersama Mu

IFTAR RAMADHAN BERSAMA ASNAF



~ Saksikan Video Menarik Ini ~
           06 Ogos 2012 Hari Isnin Jam 6.00 petang hingga 8.30 malam, Puteri UMNO Kuala Langat bersama JASA menjalankan usaha murni berbakti kepada anak-anak yatim terletak di Kampung Sungai Buaya. Bulan Ramadhan kali ini diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Kehadiran hampir 200 orang. Tetamu terhormat dari Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat sendiri Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Hisham bin Talib, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Abdul Razak bin Khasbullah, Yang Dipertua Rumah Penyayang Bestari Sungai Buaya Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Hamid, Pengarah JASA Kuala Langat Puan Sazreen binti Sirin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Zurihan bin Haji Yusuf.

      Seramai 30 anak yatim dirai. Kesempatan ini memang aku gunakan untuk bersama anak-anak yatim. Seronok dampingi mereka. Curahkanlah kasih semampu mu. Bersama teman rapat hadir ke majlis ini berjumpa dengan AJK Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat yang ku lihat bertungkus lumus menjayakan program ini. Ternyata kehadiran ahli Puteri ke Majlis ini amat memberangsangkan. Dengar-dengar setiap cawangan kena menghantar 3 wakil puteri ke sini. Ku lihat tempat ku Seri Cheeding yang punyai 2 cawangan sahaja cukup hantar 6 orang. Syabas Puteri!!!



         Acara dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Abdul Rahim. Ucapan dari Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat yang disayangi Puan Ameelliya binti Alykallam. Ucapan dari Yang Dipertua Rumah Penyayang Bestari Sungai Buaya Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Hamid. Ucapan Perasmian Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli.



              Diteruskan dengan agihan sumbangan kepada anak-anak Yatim sedia ada di atas pentas dan agihan 10 notebook. Persembahan dari Rumah Anak-anak Yatim Rumah Penyayang akhiri majlis sebelum waktu berbuka walaupun ada salah lirik sikit. Menyanyikan lagu nasyid Hamba mu. Selesai sahaja, jumpalah rakan-rakan sehinggalah waktu berbuka tiba. Para tetamu menjamu selera makanan yang telah disediakan. Program yang cukup cemerlang. Tahniah Puteri UMNO Kuala Langat kesungguhan AJK dan Ahlinya terserlah.

Intipati Ucapan Ketua Puteri, YDP Rumah Penyayang dan Ketua UMNO Bahagian :
~ Ketua Puteri Puan Ameelliya binti Alykallam ~ 
Menyatakan program akan diteruskan pada bulan ramadhan kali ini seperti berikut Program Bubur Lambuk pada 11 Ogos 2012 di SK Telok Panglima Garang, 12 Ogos 2012 Gotong Royong Kerepek Pisang di Kampung Seri Cheeding dan Program Ketupat Merdeka Projek pada 17&18 Ogos 2012.
~ YDP Dato' Haji Abu Bakar bin Abdul Hamid ~
Sesiapa calon yang dilantik pun akan kita sokong. Jangan bersedih atau kecewa. Jangan pula ada yang syok sendiri. Salah seorang ahli MUBARAK. Berikan kemenangan untuk 4 kerusi sekarang bagi Parlimen Kuala Langat, Dun Sijankang, Dun Teluk Datuk dan Dun Morib pada PRU akan datang.
~ Dato' Haji Sulaiman Haji Karli ~
Kesungguhan segenap jentera jangan leka. Bahagian juga laksanakan termasuk Wanita Pemuda Puteri nya. Program kunjungan Tarawikh satu Kuala Langat / Tarling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN :

"ia hanya sekadar WARKAH,
bentuknya PENA,
sebelum apa yang saudara hendak tulis kena FIKIR,
Jadi fahamilah WARKAH PENA FIKIR."