12 Ogos 2012

Kerepek Pisang oh Kerepek Pisang

PUTERI UMNO KUALA LANGAT
"KEREPEK PISANG RAYA DIRAIKAN"

~ Ikhlas Dari Kami Puteri UMNO Kuala Langat ~ 
~ Apa Kata Puteri ~
Tarikh : 12 Ogos 2012 / 23 ramadhan 1433
Tempat : Rumah Puan Suhaily Saleh, Kampung Seri Cheeding.
Mula Gerak Kerja : 8.30 pagi selesai 12.30 tengahari
Kehadiran : Hampir 30 orang petugas


Aku pernah poskan dulu disini program Puteri mengenai Raikan Anak-anak Yatim, kali ini kisah Kerepek Pisang pula. Jenis-jeni pisang yang perlu tahu ialah Pisang Awak, Pisang Nangka, Pisang  Abu, Pisang Ali dan Pisang Din...Jangan korang percaya pula ada pisang Ali dan Pisang Din. Sekadar melawak bila mengarang dalam blog ini..He3..

Petugas dibahagikan 3 iaitu satu bahagian buang kulit pisang, bahagian masak dan bahagian pembungkusan. Memang meriah bila Puteri bergabung dari kalangan Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat dan Seri Cheeding. Tidak dilupakan Pengarah JASA Kuala Langat Puan Sazreen binti Sirin hadir memberi sokongan dan berhempas pulas membantu jayakan kerepek pisang ini.

Selesai memasak dan mengemas, aku dan Abang Idin jadi petugas sementara ambil alih kerja Majlis..He3.. Siap bawa gerabak buang sampah dan tandan pisang. Kerja beres. Masing-masing ada tugas. Sesi pembungkusanlah paling seronok. Bercerita sakan petugas-petugas sambil masukan kerepek pisang dalam bungkusan sedia ada.

Puan Ameelliya binti Alykallam selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat tidak dapat bersama lebih lama kerana ada Mesyuarat di Pejabat UMNO Selangor di Shah Alam. Tahniah semua Puteri!!!



Ucapan Setiausaha Puteri Puan Nazlin Sanin mengetuai sementara Puteri mengucapkan jutaan terima kasih semua yang ada dan menjemput tuan rumah Puan Suhaily Saleh ucapan seterusnya. Jika ada Seri Cheeding akan jadi tuan rumah lagi untuk program ini. Sesi akhir pengagihan bungkusan Kerepek Pisang petugas sedia ada dan hujan pun turun. Mudahan tahun depan jumpa lagi!!!

11 Ogos 2012

Ustaz Don Daniyal di Masjid Nurul Hidayah, Seri Cheeding.

CERAMAH RAMADHAN
USTAZ DON DANIYAL
~ Slot 01 ~
Masa : Selepas Solat Tarawikh 8 Rakaat disertai 3 Rakaat Solat Witir ( mula 10.05 malam )
Tarikh : 11 Ogos 2012 / Sabtu malam Ahad
Tempat : Masjid Nurul Hidayah, Kampung Seri Cheeding
Kehadiran : Hampir 500 orang

Masuk sudah malam Ramadhan hari ke 22 menunaikan Tarawikh malam ke 23. Masjid Nurul Hidayah menganjurkan Ceramah Khas Sempena Bulan Ramadhan pada malam ini dengan kehadiran tetamu yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Don Daniyal. Salah seorang ustaz yang cukup popular di TV Al Hijrah. Kini menjadi Penceramah Bebas. Istimewa kehadiran beliau telah meningkatkan kehadiran tetamu yang memenuhi saf barisan depan hingga kira-kira 8 saf termasuklah muslimin muslimat warga tua muda dan anak-anak kecil.

Mendirikan Solat Tarawikh berjemaah yang diimamkan oleh Imam Tahfiz yang dijemput dalam bulan Ramadhan ini dari Sungai Kelambu. Ingatkan sampai 20 rakaat rupanya ambil 8 rakaat saja. Pertukaran Imam dalam Solat Witir selesai Solat Tarawikh oleh Penceramah sendiri menjadi Imam hingga baca Doa Qunut pada akhir Solat Witir Satu Rakaat amat menyentuh hati.

Video sempat dirakam oleh ku untuk ceramah pada malam ini bersama mengambil gambar. Bukan setakat itu sahaja. Ramai rakan karib ku menjadi Photographer dan Video untuk dijadikan koleksi. Bersebelahan dengan ku Ustaz Fahmi Azri bin Haji Othman. Terima kasih kerana jaga video cam aku. Tak boleh nak balas apa-apa, ucapan terima kasih. Cuma aku masukan nama anda dalam blog aku je..He3.

Ustaz Don Daniyal juga mengesyorkan kepada hadirin hadirat yang ada untuk berilah sedikit atau banyak sumbangan dijadikan Waqaf. Sesiapa yang meWaqafkan hartanya akan diberi ganjaran besar oleh Allah. Cerita sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW juga diceritakan mengenai malam Lailatul Qadar dengan cukup terperinci memudahkan kefahaman yang hadir.
 ~ Corat Coret Ceramah Ustaz Don Daniyal ~

Jam menunjukan 11.15 malam dan penceramah menutup ceramahnya. Sesi bergambar didalam masjid bertemu Ustaz Don Daniyal memang Ustaz ini kira cukup mesra. Aku pun tak ketinggalan bergambar bersamanya dijadikan kenangan. Jamuan disediakan untuk tetamu. Tugas selesai. Tugas hantar Imam Tahfiz di Sungai Kelambu. Alhamdulillah. Wah!!Syoknya. 

06 Ogos 2012

Puteri UMNO Kuala Langat Bersama Mu

IFTAR RAMADHAN BERSAMA ASNAF



~ Saksikan Video Menarik Ini ~
           06 Ogos 2012 Hari Isnin Jam 6.00 petang hingga 8.30 malam, Puteri UMNO Kuala Langat bersama JASA menjalankan usaha murni berbakti kepada anak-anak yatim terletak di Kampung Sungai Buaya. Bulan Ramadhan kali ini diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Kehadiran hampir 200 orang. Tetamu terhormat dari Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat sendiri Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Hisham bin Talib, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Abdul Razak bin Khasbullah, Yang Dipertua Rumah Penyayang Bestari Sungai Buaya Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Hamid, Pengarah JASA Kuala Langat Puan Sazreen binti Sirin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Zurihan bin Haji Yusuf.

      Seramai 30 anak yatim dirai. Kesempatan ini memang aku gunakan untuk bersama anak-anak yatim. Seronok dampingi mereka. Curahkanlah kasih semampu mu. Bersama teman rapat hadir ke majlis ini berjumpa dengan AJK Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat yang ku lihat bertungkus lumus menjayakan program ini. Ternyata kehadiran ahli Puteri ke Majlis ini amat memberangsangkan. Dengar-dengar setiap cawangan kena menghantar 3 wakil puteri ke sini. Ku lihat tempat ku Seri Cheeding yang punyai 2 cawangan sahaja cukup hantar 6 orang. Syabas Puteri!!!



         Acara dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Abdul Rahim. Ucapan dari Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat yang disayangi Puan Ameelliya binti Alykallam. Ucapan dari Yang Dipertua Rumah Penyayang Bestari Sungai Buaya Dato' Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Hamid. Ucapan Perasmian Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli.



              Diteruskan dengan agihan sumbangan kepada anak-anak Yatim sedia ada di atas pentas dan agihan 10 notebook. Persembahan dari Rumah Anak-anak Yatim Rumah Penyayang akhiri majlis sebelum waktu berbuka walaupun ada salah lirik sikit. Menyanyikan lagu nasyid Hamba mu. Selesai sahaja, jumpalah rakan-rakan sehinggalah waktu berbuka tiba. Para tetamu menjamu selera makanan yang telah disediakan. Program yang cukup cemerlang. Tahniah Puteri UMNO Kuala Langat kesungguhan AJK dan Ahlinya terserlah.

Intipati Ucapan Ketua Puteri, YDP Rumah Penyayang dan Ketua UMNO Bahagian :
~ Ketua Puteri Puan Ameelliya binti Alykallam ~ 
Menyatakan program akan diteruskan pada bulan ramadhan kali ini seperti berikut Program Bubur Lambuk pada 11 Ogos 2012 di SK Telok Panglima Garang, 12 Ogos 2012 Gotong Royong Kerepek Pisang di Kampung Seri Cheeding dan Program Ketupat Merdeka Projek pada 17&18 Ogos 2012.
~ YDP Dato' Haji Abu Bakar bin Abdul Hamid ~
Sesiapa calon yang dilantik pun akan kita sokong. Jangan bersedih atau kecewa. Jangan pula ada yang syok sendiri. Salah seorang ahli MUBARAK. Berikan kemenangan untuk 4 kerusi sekarang bagi Parlimen Kuala Langat, Dun Sijankang, Dun Teluk Datuk dan Dun Morib pada PRU akan datang.
~ Dato' Haji Sulaiman Haji Karli ~
Kesungguhan segenap jentera jangan leka. Bahagian juga laksanakan termasuk Wanita Pemuda Puteri nya. Program kunjungan Tarawikh satu Kuala Langat / Tarling.

05 Ogos 2012

Fitri UNIC, Anugerah dan Iftar Ramadhan 2012

ANUGERAH PENGIKTIRAFAN PKMD
JKM KUALA LANGAT TAHUN 2012
~ Cantik pula ambil gambar macam ini ~






    Berpeluang sekali lagi dibulan yang mulia ini dijemput ke KLANG EXECUTIVE CLUB undangan sahabat Hafiz tarikh 05 Ogos 2012 hari Ahad meraikan anugerah pengiktirafan PKMD JKM Daerah Kuala Langat dan Iftar Ramadhan dengan gemilangnya.

         Ditemani dengan sahabat karib ku dari kecil hinggalah sekarang Haslan duduk ditempat disediakan. Bermula acara 5.00 petang hingga 8.30 malam. Aturcara majlis yang ringkas tapi cukup meriah dengan kehadiran dif-dif terhormat seperti Pengarah JKM Kuala Langat, Penyelaras Parlimen Kuala Langat Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli, Penyelaras Dun Teluk Datuk Puan Ng Siok Hwa, Penyelaras Dun Sijangkang Dato' Haji Nordin Selamat dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Zurihan bin Haji Yusuf.

~ Jumpa pula Kak Bainun Ahmad ~
     Sebelum acara bermula masa ditempat letak kenderaan lagi, ku terpandang seseorang dan bila diamati susuk badannya bertuahnya aku dapat jumpa dengan seorang senior kenalan ku Kak Bainun Ahmad. Memang tekaan ku tepat, jumpa beliau diruang hadapan kelab dan meluangkan sedikit masa berbicara kerna sudah lama tak jumpa. Ditemani dengan suami dan anaknya tercinta, sempat ambil gambar aku. Terima kasih kak ingatkan adik. Siap masuk blog aku lagi..Keh3.

         Masa naik ke tingkat 2 kelab ini Pegawai JKM Al Hafizi pelawa seorang artis nasyid dulu berkumpulan kini seorang saja. Sempat bersalam dan bergambar diatas. Itulah Fitri dari salah seorang penyanyi nasyid berkumpulan dulu dikenali kumpulan UNIC. Wah!!! Hebatnya siap mengundang penyanyi nasyid pujaan remaja belia masa kini.Jangan pula ada kata Fitri UNIC ini masuk parti UMNO sudah le, ini anjuran NGO dan Jabatan Kemajuan Masyarakat. Dijemput atas undangan.

         Masuk semula ke Dewan, ucapan aluan dari pengerusi dan seterusnya pengumuman kepada siapakah pemilik Anugerah Pengiktirafan AP PKMD bagi Daerah Kuala Langat. Setelah diumumkan. Terkejut aku, rupanya kawan sendiri yang dapat anugerah ini. Patutlah beria-ia minta hadir ke majlis ini. Hebatlah Hafiz. Teruskan bakti mu pada masyarakat. Memang diakui keprihatinan si Hafiz ini terhadap masyarakat sampai pernah satu ketika kampung ku banjir dia pun turut membantu mangsa banjir di kampung. Suka sangat dia dapat anugerah ini. Anugerah disampaikan oleh Dato' Haji Nordin bin Selamat diatas pentas. Acara bersambung semula dengan ucapan khas dari Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli.

        Penyanyi undangan Nasyid Fitri UNIC mendendangkan dua lagu baru dari beliau dengan lagu pertama zikir munajat kepada Allah dan Istighfar sebelum masuknya waktu berbuka puasa. Sempatlah juga merakam sedikit lagu baru beliau.

         Laungan Azan bergema di dewan dan bacaan doa berbuka puasa. Makan ala kadar saja. Cukuplah dengan makan buah-buahan, kurma dan air suam. Menunaikan solat maghrib berjemaah di Surau sedia ada. Selesai saja menunaikannya. Barulah masa berbuka dengan makan yang berat seperti nasi.

       Seronok dapat berjumpa sahabat-sahabat disini yang rata-rata adalah sahabat dari JKM dan sukarelawan yang ku kenal. Ini sebagai satu tanda aras agar sukarelawan yang sedia ada untuk berbakti jangan pula jadi sukar eh lawan. Akhirnya tak bawa manfaat kepada orang lain. Sekali lagi ingin diucapkan tahniah kepada Hafiz kerana dapat anugerah ini. Teruskan lagi pada masa akan datang. Jumpa lagi pada tahun 2013. Insya Allah.

03 Ogos 2012

Bubur Lambuk Untuk Rakyat!!

Bubur Lambuk 1Malaysia Punye Cerita!!



~ Apa Kata Mereka ~


      03 Ogos 2012 Jumaat, Bertempat di Tabika Kemas (B) Seri Cheeding bersebelahan Dewan Dato' Hormat jam 9.00 pagi semua petugas terdiri dari RELA Seri Cheeding, Pegawai MKN Tuan Fadzil, Rakan-rakan Petugas KEMAS, Puan Rafidah Pegawai KEMAS, Wanita, Puteri UMNO, Pemuda dan PDM berjaya menyiapkan 4 bubur lambuk dengan jayanya.

Klik Gambar Sedia Ada
       Kesempatan ini juga, aku ada taklimat di KPDNKK Shah Alam jam 9.00 pagi atas jemputan mengenai penerangan isu-isu harga barang dan selainnya. Tuan Mohd.Noh Kartodjayo selaku Pengerusi PDM Seri Cheeding untuk mengetuai misi di kampung tidak dapat bersama kerana hantar ibunya ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Harapan Pengerusi PDM agar aku dapat kendalikan program ini. Ambil keputusan bantu di kampung program ini.


        Ternyata kaum hawa dominasi lelaki untuk bahagian masak memasak ini. Kelibat Ketua RELA Seri Cheeding Tuan Abdul Hadi bin Zakaria bersama anggotanya meringankan petugas wanita disitu. Khemah pun baru pasang. Memang kelakar kan. Untung pasang khemah jika tidak habis basah lencun semuanya kerna hujan turun. Semua senyum jer.

       Terima kasih Tuan Nazir Al Fadhil Ustaz Anuar Hamzah bin Haji Tohar, Masjid Nurul Hidayah Seri Cheeding telah memaklumkan hal ini untuk disiarkan pada solat jumaat. Saat yang dinanti pada petang ini jam 4.00 petang hingga 6.00 petang. Tidak dilupakan, dimaklumkan Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli hadir pada waktu pagi hantar bekalan.Terima kasih.


~ Ya CaiYok2!!! ~



        Dengan 600 bungkusan bubur lambuk 1Malaysia dan disertai agihan Kurma 300/400 kotak kecil dari Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat. Kehadiran tetamu terhormat dari JASA(Jabatan Hal Ehwal Semasa) dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat Tuan Zurihan bin Haji Yusuf.

~ Ini dari Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat ~


Terbaik dari Ladang YusuF Taiyob!! He3
~ Wakil Taman Juga Hadir Baju Merah ~
         Agihan ini berjaya ditamatkan jam 6.10 petang. Semua petugas memang terbaik. Tak rasa letihnya kerana sibuk melayan warga kampung yang rata-ratanya peramah macam kami. Cheewaaahhh!!!

PERINGATAN :

"ia hanya sekadar WARKAH,
bentuknya PENA,
sebelum apa yang saudara hendak tulis kena FIKIR,
Jadi fahamilah WARKAH PENA FIKIR."