01 Ogos 2012

MEDIA PRIMA, Terima Kasih.

Raikan 73 Anak Yatim dari Kuala Langat


         Sekali lagi diberi kesempatan raikan anak yatim dalam masa seminggu ini dengan 2 kali raikan anak yatim. Akulah paling teruja dengan program anak-anak yatim sanggup pergi raikan walau kadangkala aku sibuk dengan aktiviti ku. Kali ini jemputan dari Tok Maa'min bin Radiman selaku Pengerusi JKKKP Kampung Jenjarom sudi mempelawa anak yatim dari Kampung Seri Cheeding.


Program tersebut :
~ Tarikh : 02 Ogos 2012
~ Majlis IFTAR dan Lawatan Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Hajah Noorainee binti Abdul Rahman.
~ Tempat NSTP, Media Prima, Bangsar, Kuala Lumpur.
~ Jam mula 6.00 petang hingga 8.30 malam










         
         Bertolak dari kampung tercinta jam 3.30 petang dengan keseluruhan seramai 12 orang termasuk aku, 8 daripadanya adalah anak yatim selainnya penjaga. Menuju ke Rumah Tok Maa'min Radiman di Kampung Jenjarom. Sampai saja disana terus bas bertolak jam 4.00 petang seramai 90 orang pergi dengan 2 bas. Maknanya Kampung Jenjarom ada seramai 78 orang. Dalam perjalanan ke destinasi yang dituju sempat berbual dengan kawan jiran kampung sebelah si Ajis. Sambil berbual sakan pemandu bas pula orang india, aduhh layanlah sekejap lagu tamil. Kitakan 1 Malaysia. Tukar siaran ke Radio RM Selangor.

             
Tok Maa'min Ketuai Rombongan

           Sampai saja di Bangsar NSTP ini kami di bawa oleh petugas-petugas yang baik sekali layanannya ke satu bilik, bilik ini kira macam bilik kuliahlah senang ceritanya. Solat Asar berjemaah di Surau Tingkat 2 NSTP, alhamdulillah ku diberi tugas jadi imam bagi jemaah anak-anak yatim ini bersama yang lain.







           Kami dibawa ke tempat para tetamu ala-ala vip gitu. Duduk di meja yang telah disediakan tertera tulisan Anak Yatim. Duduk di tepi sekali, sempat jualah melihat ada tidak selebriti atau orang ternama disitu. Terlihat pula wajah Pemberita TV3 Tuan Haji Izwan Azir Salleh jadi pengacara majlis pada petang ini.


~ TPM bersama Isteri ~


            Ketibaan YAB jam 6.15 berada di perkarangan NSTP lawatan dan terus ke pentas untuk agihan sumbangan terus kepada 73 anak-anak yatim termasuklah penjaga. Apa yang perlu diperbetulkan ialah sebutan nama kampung dari pengacara iaitu bukan Sungai Cheeding tetapi Seri Cheeding. Pelik juga mana datang Kampung Sungai Cheeding walau ku tahu di Seri Cheeding ada sungai tapi nama kampung ini tidak wujud sama sekali. 2 Kali sebut. Kelakar pun ada pada waktu ini. Anak Yatim lelaki 40 orang dan 33 perempuan. Sempat juga bergambar jarak dekat dengan Tan Sri dan Puan Sri malah dapat bersalaman dengan Tan Sri.

~ Terima Kasih Kapten(B)Haji Sharudin Haji Omar ~


            Selesai agihan sumbangan, semua duduk ditempat yang disediakan menanti saat waktu berbuka. TPM dan isteri berjalan sekitar perkarangan tempat makan bertemu petugas media dan Bloggers yang ada. Kami dikejutkan dengan kehadiran Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat Kapten (B) Haji Shahrudin bin Haji Omar dan seorang AJK Pemuda Saudara Ryzal Hatta turut hadir dan bertemu dengan kami.

~ Bubur Lambuk ~
~ Sedap kan!! ~

           Jam 7.31 Maghrib dengan bacaan Doa dari seorang ustaz disitu dan Laungan Azan Maghrib berkumandang mulalah kami berbuka. Bubur Lambuk, buah kurma, air kurma dan kuih muih dihidangkan amat menyelerakan bagi kami. Selesai makan ala kadar untuk isi perut sebelum menjamah makan berat seperti nasi. Ku mengingatkan anak-anak yatim bersama yang lain untuk tunaikan solat maghrib berjemaah. Sampai di Surau yang sama kami diminta agar tunggu sebentar kerana ramai yang menunaikan solat dalam surau. Alhamdulillah dapat jua masuk ke Surau dan mendirikan solat maghrib.


~ Lihat gelagat mereka...COMEL kan..~

          Jamu selera yang dihidangkan dengan udangnya, ayamnya dan lain-lain. Dahulukan anak-anak yatim. Siap cedok nasi ke pinggan mereka memang puas dapat lakukan perkara ini. Bukan senang berbakti dengan mereka yang ketiadaan ayah. Bayangkan jika kita berada ditempat mereka. Sedih pula rasanya. Apa pun lihat kegembiraan terpancar pada anak-anak ini membuatkan aku rasa selesa dan gembira sekali. Tak dapat digambarkan. Kawan ku Si Ajis berada disebelah kerusi ku selera sungguh makannya.

                Alhamdulillah..layanan yang diberikan tahap kelas vip ini mudahan akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Masing-masing membawa cenderahati berupa 2 beg berisi, satu dari TPM dan lagi satu NSTP Media Prima. Ucapan terima kasih dan anak-anak yatim bersalam dengan petugas-petugas mereka sebelum balik ke kampung halaman tercinta. Sampai dirumah jam 10.30 malam. Terima kasih TPM dan Media Prima. Tak juga dilupakan Tok Maa'min bin Radiman Pengerusi JKKKP Jenjarom sudi jemput warga anak-anak yatim Seri Cheeding.

29 Julai 2012

UMNO BN salah lagi!!

Semua Salah UMNO BN!!!


Ada saja pihak puak eh PAS eh PKR eh DAP mengelak dan menghukum orang lain. Bermacam tohmahan dan persepsi dilakukan.Tidak kiralah perkara kecil hingga perkara besar sekalipun. Semua apa yang baik atau buruk tetap buruk dimata mereka. Beginilah yang dilalui oleh parti BN dari dulu hinggalah sekarang / selamanya. Benci Dengki Caci Maki Tak Peduli semua kena pada parti BN yang telah perintah negara Malaysia ini sejak awal merdeka hinggalah sekarang. Atas Izin Allah BN perintah dulu disebut Perikatan tetap perintah Negara ini. Ingatkah lagi bagaimana BN dihukum dengan mengatakan Putrajaya yang dibina adalah projek membazir tapi sekarang nak beriya-iya pula mengidamnya hingga ada slogan "Tawan Putrajaya". Itu baru satu banyak lagi akan ku rungkaikan satu persatu.

Semua membazir katanya dengan KLCC KLIA SIC MSC LRT dan selainnya untuk kesejahteraan rakyat tapi yang peliknya mereka pun melihat dan gunakan perkhidmatan ini tanpa segan silu. Mudah ayatnya ini rakyat punya rakyat berhak memilikinya. Congak mudah apakah semua ini boleh ada hanya dengan sekadar sebut boleh jadi. Doa jer boleh jadi tanpa usaha. Sehingga ada yang keliru tentang hal ini. Malah ada pula kata ini duit rakyat bukan duit BN. Sampai kesitu pemikiran sempitnya. Andaikanlah Negara ini tiada siapa perintah boleh ke rakyat menikmati pelbagai nikmat yang ada sekarang ini. Adakah ada nilai apa yang kita usahakan. Begitu indah Allah jadikan manusia ini.Allah jadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini. Bila ada aturannya barulah kita memahaminya.

Masa PRU 12 Mac 2008 parti memerintah BN tidak dapat 2/3 majoriti di Parlimen. Diakui setiap segenap pimpinan akar umbi atas kelemahan yang ada sehinggalah BN serahkan pemerintahan di Kedah Pulau Pinang Perak(sekejap) Selangor dan mengekalkan Kelantan(PAS) kepada parti pembangkang. Bukan main suka mereka dapat menawan Negeri-negeri ini terutama Negeri Selangor. Dicanang hebat segala perkara tidak betul terhadap BN. Contoh di Kampung Tumbuk Darat dengan projek babi RM100juta. Katakan tidak kepada BN siap gelar "Babi Negara" bila dah perintah katanya ini projek BN kena teruskan. Tertipu lagilah warga kampung. Paling dahsyat sekali pimpinan PAS sehingga penyokong taksub mereka mengisytiharkan Selangor penuh Maksiat bawah BN tapi bila perintah makin bertambah bukan nak mengurangkan kes rumah urut hotel badget rumah maksiat. Mudah jer kata mereka kita pula disuruh cuci taik-taik yang ada. Habis tu korang sudah perintah laksanakanlah boleh ke tak boleh. Diam Seribu Bahasa / kelu lidah. Semua salah UMNO BN juga. Inilah istilah yang digunapakai untuk elak diri mengakui kesilapannya sendiri. Selangor sudah maju tahun 2005 ada pula berbunyi kami sudah tadbir jayanya Negeri Selangor. Hilang akal ke mereka ini, susah-susah BN bina senang-senang mereka dapat nama. Satu lagi...merekalah PAS janji nak tutup kilang arak di Shah Alam bila dapat perintah tapi bila perintah kata ini kerja Kerajaan Pusat bukan kami. Mudahnya elak...katanya lagi bagi kami perintah Pusat. Rata-rata kawan ku dari kalangan PAS sudah mula sedar rentak caca marba politik mereka. Apa boleh buat...diam seribu bahasa jer la yer.

Isu SPR/Suruhanjaya Pilihanraya paling kelakar dan lucu sekali bayangkanlah mereka tak menang kawasan bertanding katanya ada pengundi Hantu, ada peti ghaib, taktik kotor BN, Rasuah dan SPR tak telus tapi bila mereka menang tahu pula terima kasih SPR, keyakinan rakyat meningkat dan selainnya. Semasa ku berada di Kuala Terengganu PRK Parlimen Kuala Terengganu ada ahli PAS bawa banner panjang senarai nama.Memekik ini dia nama Pengundi Hantu. Betul-betul hantulah mamat ni. Menang jer hilang banner. Beginikah pilihanraya di Malaysia. Nilailah sendiri. Hingga ada yang tak sedar mereka dapat beberapa negeri di Malaysia masih sebut SPR penipu hinggalah tak puas hati berdemonstrasi aman katanya tuntut macam-macam pada SPR. Bukan bawa kebaikan tapi lebih banyak keburukan. Lihatlah apa terjadi di Kuala Lumpur himpunan BERSIH menyaksikan emosi puak pembangkang tidak terkawal hingga ada tercedera / parah dibelasah oleh perusuh. Pandai buat ayat mengelak...ayat mudah...ini keje SB Polis yang menyamar buat provokasi sedangkan kami berhimpun damai sahaja. Contohilah BN bila kalah dikawasan bertanding cuba muhasabah diri atas dek kesilapan yang dilakukan dan berusaha mendekati rakyat. Pertingkatkan diri perbaiki diri. Itu lagi baik. Tidak mengapalah dalam diari mereka ini semua Salah UMNO BN.

Isu lompat parti pun seronok juga, bila anggota Parlimen / Adun BN lompat parti katanya mereka mula sedar dan tahu siapa benar salah tapi bila anggota mereka lompat parti kata inilah katak si katak lompat dan pengkhianat rakyat. Tinggi benar cita-cita pemimpin utama mereka sehingga sebut 32 Ahli Parlimen BN akan lompat parti siap dicanang luar negara ditemubual oleh Al Jazeera. Cerita 16 September 2008 dicipta mereka akan melangkah masuk ke Putrajaya. Semua teruja termasuklah ahli mereka yang taksub sehinggalah 16 September 2008 tiba, ghairah sekali nak menerajui Negara. Beberapa para wartawan dari tempatan dan luar negara nak liputan hal ini. Rupanya Karpal Singh pun melihat perkara ini berlalu kata "Anwar Harus Bertobat." Tahu pula suruh orang bertobat. Maka kena tipulah yang taksub atas dek penipuan DS Anwar ini. Alih-alih ini semua salah BN juga. Senangnya. PAS angguk je DAP senang hati.

Eh DAP eh PKR eh PAS sendiri masih keliru dengan perjuangan masing-masing. Eh ini semua salah UMNO BN lah!!!! banyak lagi isu atau kisah tentang mereka. Biasalah ini pun Salah UMNO BN lagi. Jumpa lagi.

Meraikan Anak Yatim.

KASIHKAN ANAK YATIM 

KASIH ALLAH DAN RASULNYA


TEMPAT          : PUSAT KOMUNITI KEMAS, 
                               KELAS BINA INSAN, KAMPUNG JENJAROM
TARIKH           : 29 JULAI 2012 / AHAD
WAKTU            : 6.00 PETANG ~ 8.30 MALAM
ANJURAN        : JKKKP JENJAROM

Atas jemputan hadir disini bersama dengan Timbalan Pengerusi JKKKP Seri Cheeding Tuan Mohd Noh bin Kartodjayo.Cukup meriah dan seronok dapat raikan bersama seramai 55 anak yatim di kampung ini.Tak jauh pun jiran kampung jer.Rupanya perkara ini dilakukan sudah lama hampir 11 tahun dari seorang penyumbang hingga kali ini seramai 27 penderma memberikan terbaik untuk anak-anak yatim disini.Tahniah!!!

~ BN Mesti Kuat Kerja ~
Awal acara dengan bacaan doa dari Imam Masjid Tuan Haji Samuri.Ucapan dari Pengerusi JKKKP Jenjarom Tok Maa'min bin Radiman.Mengucapkan jutaan terima kasih atas bakti dan kehadiran para penyumbang dan juga hadir bersama Penyelaras Parlimen Persekutuan BN Kuala Langat Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli, Penyelaras Persekutuan BN Dun Teluk Datuk Puan Ng Siok Hwa dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tuan Zurihan bin Haji Yusuf.Tajaan makan dan minum juga ditaja hamba Allah untuk tetamu yang hadir pada hari ini seramai 150 orang.








~ Mudahan Dapat Rahmat Allah....Amiiinnn~








Diteruskan dengan agihan pemberian derma dari hamba-hamba Allah yang bermurah hati untuk membelanjakan hartanya khas kepada anak-anak yatim disini.Seramai 27 penyumbang dan 55 anak yatim.Didoakan kepada para penderma dilimpahi rahmat dan kasih Allah selalu.
~ Inilah Ustaz Shahrul bin Haji Tairi ~
Ruang waktu yang masih ada diisi dengan penyampaian tazkirah ihya Ramadhan dari Ustaz Shahrul bin Haji Tairi.Ilmu yang cukup padat.Menghargailah keSIHATan kerana nilainya tinggi.Bila sakit mahal harganya SIHAT itu.
~Mari Menabung 1Malaysia~


~ Kekanda Zurihan Sebelah Kanan ~









Siap ada sesi buka akaun dari BSN, kanak-kanak akaun RM10.00 dan Dewasa yang berminat akaun buka RM50.00 dapat pula Tabung 1Malaysia.

Jam 7.25 Maghrib.
Para tetamu sedia ada duduk bersama menjamu makanan dan minuman yang disediakan untuk berbuka.
Solat Maghrib berjemaah.

Selesai menunaikan tuntutan solat fardhu.
Santapan makan minum Nasi Beriani enak rasanya.Semua ditaja.
Bertuah warga kampung Jenjarom mempunyai ramai anak jatinya prihatin kepada anak-anak yatim disini.Mudahan sedekahnya itu berpanjangan.Aminnn..

Sebelum akhir pena,
Ada sedikit ucapan dari Puan Ng Siok Hwa khas warga kampung dan juga Kekanda Zurihan Haji Yusuf(minta maaf sampai beliau berucap jer bateri habis~tapi sempat juga) Jom dengarkan ucapannya : ( diselenggara )

28 Julai 2012

Kembali Semula Ke BN.

Kembali Semula Kepada BN

..Syabas Anak Muda Taman Seri Cheeding..

Seramai 22 orang anak muda yang terdiri dari ahli anak muda PKR kembali kepangkuan UMNO BN.Mendukung hasrat pimpinan BN yang diakui baik melaksanakan segala janji dan hasrat rakyat.Dengan kembalinya anak-anak muda ke BN menjadikan medan kuat di Kampung ini untuk raih lebih banyak undi untuk PRU 13 akan datang.Satu pasukan yang disebut Pautan Kasih Pemuda digembleng bersama KP Seri Cheeding Saudara Noorhisham bin Sidek, Husaini bin Haji Shoib, Mohd.Ilham bin Haji Ahmad, Jalaluddin Jumari, Badrul Hisyam Abu Bakar, Raemmy Sahbudin, Haslan Hassan, Azrol Azmi, Nor Akmal Nasriq Abd Aziz,Soh Syah Danny Sukidin, Zainol Asri Mohd Baki, Mohd.Fadzil Abu Bakar, Hamidin Rosnin, Helmi Tahir, Didie Yusuf dan Ustaz Abdul Rahman Haji Wiji telah mendekati anak-anak muda disitu dan mendapat sambutan.Dengan cara yang baik menyampaikan segala maklumat pendedahan fakta dan dakwah diseiringkan dengan kesungguhan.Sememangnya berbaloi selama 7 Bulan bekerja di Taman Seri Cheeding.


~Siap menyanyikan lagu BARISAN khas untuk DS Najib lagi~


Telah berjaya menarik minat anak-anak muda disitu untuk berjuang dengan UMNO BN hinggalah jayanya.Atas sokongan dan dorongan warga veteran UMNO yang ada disitu membantu lagi menguatkan jentera UMNO BN untuk melangkah maju kearah mencapai kejayaan yang cemerlang gemilang dan terbilang.Diucapkan ribuan terima kasih atas keyakinan amat tinggi diberikan oleh anak muda Saudara Dall Hasrull bin Kassim,Firdaus,Nor Adabi,Jamal Jumari,Asnie,Zamzafeka,Ezany,Bangah,Abu Shamah dan lain-lainnya demi agama bangsa dan tanahair kerana Allah.Majlis diadakan di Taman Seri Cheeding halaman Rumah Tuan Abdullah Haji Ahmad Isterinya Puan Jaria binti Haji Amir(AJK Wanita Seri Cheeding) dan sudi pula menyumbangkan seekor kambing.Terima Kasih anak muda dan warga taman memberi sokongan dengan kehadiran hampir 100 orang.
Jentera Semua Hadir

Memotong kad keahlian PKR
Penyerahan Bendera

Satu kad PKR yang telah diNYAHkan.

Mari Kita nyanyi


Tidak dilupakan tahniah atas kehadiran Dato' Haji Sulaiman bin Haji Karli Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Kapten (B)Haji Sharudin bin Haji Omar Naib Ketua Bahagian, Puan Ng Siok Hwa Penyelaras BN Dun Teluk Datuk merangkap Ketua Wanita MCA Kuala Langat dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tuan Zurihan bin Haji Yusuf.Meriah dan amat bertuah kerana kesanggupan dan atas tanggungjawab semua pihak menghasilkan menempa satu kejayaan yang gemilang.Ini membuktikan sokongan terhadap BN semakin meningkat.Tidak kira tua muda,swasta kerajaan,belia remaja dan selainnya.Undi PASti BN!!!

PERINGATAN :

"ia hanya sekadar WARKAH,
bentuknya PENA,
sebelum apa yang saudara hendak tulis kena FIKIR,
Jadi fahamilah WARKAH PENA FIKIR."